Free things are good but free rider is 👎
Hi Assalamualaikum (lupa nak greet dekat first posting) 😅
On week 2, it's our first lecture dengan Dr. Fareed. So far, for me, it's GREAT lecture sebab Dr tak baca slidess heheheh alhamdulillah takdelah bosan sangat tapi kalau guna slide pun saya okay je. Yelah, most class akan guna slides en so dah biasa dah no worries.
Menjelang hari khamis jam 9 pagi maka tibalah waktu satu-satunya lab pada semester ini iaitu information system lab! On this lab, we learn about GOOGLE. Uyoo belajar apa tu tentang Google? Lain machiam 😮 Okay basically Dr explain all the google apps yang ada dekat dot dot belah kanan atas kalau dekat google search engine tu. Okay jap, tengok gambar dekat bawah kalau nak lagi faham:
Haaa yang dalam bulatan merah tu. Surprisingly, google baaaanyak apps yang sangat berguna dan canggih. Biasanya selalu dengar Google Docs, SpreadSheets, Drive, Maps, Meet je kan? Sebenarnya ada lagi banyak. Boleh rujuk gambar-gambar dekat bawah. Jangan terkejut.
Banyak kan? dan semuanya free! Jadi, gunalah sebaiknya dan ambillah peluang ini untuk memudahkan segala tugasan yang ada. Back to waktu lab, Dr ada tanya "What is Google Drive?", dan saya try lah jawab "online storage" sebab setahu saya Google Drive ni untuk simpan file online. Dr Fareed terima jawapan tu dan dia terus suruh pm alamat untuk kasi GrabFood 😂😂😂 Rezeki rezeki alhamdulillah. Oh one of my friend, Shu pun dapat juga. Jadi kami kena pm Dr details tapi kami jammed sebab tak tahu nak pm dekat mana. Kami try pm dekat fb tapi takde reply. Kami tak tahu nak pm dekat mana jadi tunggu next class lah kalau masih valid.
Setakat ini sajalah, jumpa next week! Annyeong 👋👋
Comments
Post a Comment