First timeeeeeeeee

 First time? First time apa? Tiba tiba first time tajuknya.

Okay, sebenarnya ini first time tulis blog dan first time ada subjek yang macamni, subjek macam sistem sistem ๐Ÿ’ป

First lecture dah takde sebab cuti Maulidur Rasul so first lab ada, hari Khamis. First expectation sebelum kelas macam "eh ni kelas macam kelas komputer ke? nama sistem maklumat" Hahahaha yelah dulu habis spm mak rajin suruh pergi kelas komputer untuk belajar basic pasal komputer tapi jaman (zaman) kita dah canggih dah, belajar sendiri je mostly.

Expectation kedua timbul dia nampak dalam jadual ada lab. Lab? Seriously? Takkan lab dekat Food 1 tu kot? Dulu pernah masuk macam so so, risau lah. Last last lab online je noksss. Expectation terakhir, subjek ni macam menarik sebab lain dari lain. Bukan subjek sains, bukan juga subjek yang typical, more to new things macam sistem. Wah terasa seperti student FSKTM (tibeh)๐Ÿ˜‚


Situasi: Dalam kelas gitu

Awal-awal sebelum Dr buka background filter camera, nampak macam Dr nak bagi talk sebab camera dari side kot? Dengan ada meja dan frame dekat sebelah. Bila Dr buka background filter, okay baru nampak serious sikit. So far kelas Dr best, tak mengantuk. Maybe cara penyampaian Dr yang macam rilek rilek je tak formal.

Tiba-tiba....
Uish banyaknya assignment. Every week kena tulis blog (currently doing heheh), ada assignment buat website, dengan Alibaba, Google Digital Garage dan ada lagi beberapa. Ku tersenyum memikirkan FYPku dan assignmentku ๐Ÿ˜Š Markah pula, sekecil-kecil benda pun semua ada markah tau! Pemurah Dr ni hehehe (bukan ampu), submit awal atau siap awal pun ada marks lebih. Wow kena buat kerja awal ni (student bermotivasi di awal semester, cliche) ๐Ÿ’จ

Beginilah rupa Google Digital Garage


So, bila habis kelas lab 3 jam di hari Khamis, cari groupmate untuk assignment CIP, isi excel dan approach company. Buka Google SpreadSheets sekali lagi, eh hilang semua nama yang dah isi. Takpelah, isi semula hukhuk. Alhamdulillah ada company yang dijumpai dan kita bersambung di minggu hadapan...๐Ÿ™‹


Comments

Popular posts from this blog

Hello 2022! ๐Ÿ’ซ

Free things are good but free rider is ๐Ÿ‘Ž

Maka nikmat apakah yang kau dustakan